Friday, March 25, 2011

ganasnyer ko......

Assalamualaikum....hye sume,pe khbr?siht?.....kali ini aq nak kongsi dgn korg sume betapa penting nyer akhlak yg baik dlm khidpn kita.....sbgai seorg manusia,tdk dgalakkn kita trlalu ksr,gns mahupn mmpunyai akhlak yg kurg baik......so,renung-renungkan lah entry ku kali ini....


AKHLAK DALAM KEHIDUPAN


AKHLAK itu bunganya iman. Apa maksudnya? Akhlak mencerminkan iman seseorang, jika buruk akhlak bermakna nipislah imannya. Betulkah?
Cuba perhatikan seorang gadis berpakaian menjolok mata dikelilingi lelaki sebaya bertepuk tampar di tempat awam berbanding seorang gadis yang bertudung litup duduk penuh sopan menunggu bas. Tentu berbeza bukan?
“Sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah al-Quran”. Hadis ini jelas menunjukkan tentang keperibadian baginda Rasulullah yang tiada tolok bandingnya.
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang akhlak yang baik, maka beliau membacakan kepadanya firman Allah SWT,
“Jadilah engkau seorang pemaaf, suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil.” (al-A’raf: 199)
Anas bin Malik berkata: “Seorang hamba dengan akhlaknya yang baik dapat mencapai darjat tertinggi di syurga, sedangkan ia bukanlah seorang ahli ibadah. Dan dengan akhlaknya yang buruk akan terhempas ke dasar paling bawah neraka Jahanam, sedangkan ia seorang ahli ibadah”.
Ibn al-Mubarah pernah mendapat seorang teman seperjalanan yang buruk akhlaknya. Namun ia tetap bersabar dan sentiasa berusaha mengikuti kemahuan temannya itu. Dan ketika akhirnya mereka terpisah, Ibnu al-Mubarah menangis. Seseorang menanyakan hal itu kepadanya, dan ia pun berkata: “Aku menangisi orang itu. Kini aku telah berpisah darinya, sedangkan akhlaknya yang buruk masih bersamanya, tidak berpisah darinya.”
Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah meminta izin untuk menemui baginda Rasulullah s.a.w. ketika itu ada beberapa orang wanita dari kalangan Quraisy sedang berbicara dengan baginda, suara mereka terdengar lebih keras daripada baginda. Tiba-tiba ketika mengetahui Umar meminta izin untuk masuk, mereka bergegas menyembunyikan diri di balik hijab. Dan masuklah Umar sementara Rasulullah s.a.w tertawa. Umar pun bertanya: “Kenapa anda tertawa, ya Rasulullah? Jawab baginda:
“Sungguh aku hairan melihat tingkah laku wanita-wanita yang baru saja bersamaku, ketika mendengar suaramu mereka segera menyembunyikan diri di balik hijab”.
Mendengar itu, Umar berkata: “Sungguh engkaulah, ya Rasulullah, yang lebih patut mereka takuti daripada aku.”
Kemudian ia menoleh ke arah para wanita itu, seraya berkata: “Adakah kalian takut kepadaku dan tidak takut kepada Rasulullah?” Mereka menjawab: “Ya, kerana anda begitu keras dan begitu kasar, tidak seperti Rasulullah s.a.w!”.
Dari hadis dan kisah di atas jelas menunjukkan pentingnya soal menjaga akhlak. Dalam kehidupan seharian yang dilingkungi berbagai jenis manusia, akhlak adalah perkara utama. Akhlak yang baik disenangi manakala buruk hanya akan menambah musuh. Apakah cara memperbaiki akhlak yang buruk? Pertama, bagaimana bentuk ibadat wajib kita. Pastikan ia benar-benar menurut apa yang diperintahkan Allah. Kedua, dari mana sumber rezeki kita yang menjadi darah daging dan membentuk keperibadian kita dan ketiga siapakah rakan-rakan di sekeliling kita. Jika semua rakan buruk akhlaknya maka kita juga merasa tempiasnya. – M

so renung-renungkanlah ye,yg ksr & gns tue ubh prngai tue ye....yg prmpuan jd lah lmh lmbut tp brtmpt tau,yg llaki plak lmh lmbt tue brpada-pada lah,jgn lmbt sgt,nnti lain plak jadinyer,hehehe....daaaaa...................

No comments:

Post a Comment