Monday, July 11, 2011

CERPEN BELUM MASANYA KARYA AFZA AZIZ

Hah,Assalamualaikum to all readers.Rasanya sudah lama aq tidak ada entry baru.So kali ini aku nak kong si dgn korg sume hasil nukilan cerpenku. Ini cerpen pertamaku.Harap korg dapat bg komen ok klau ada silap dlm penulisn cerpen ini.Maklumlah baru beljr,hehehehe.Cerpen ini bertjk belum masanya.


BELUM MASANYA
oleh: Afza Aziz

                                                         
 Jam di dinding menunjukkan  tepat pukul 2 petang. Sarah ilyani masih di kamar hostelnya menunggu abang tersayang menjemputnya.Sarah bosan. Hampir 2 jam dia menunggu abangnya datang namun tidak kunjung tiba.
          “ kenapa abang lambat ambil aku ini?”rungut sarah.
Rasanya sudah hampir 2 bulan sarah menjejakkan kaki ke universiti. Sarah memilih Universiti Malaya sebagai tempat dia memulakan pengajian sebagai seorang mahasiswa. Rasa kelakar ada juga. Tidak sangka akhirnya dia berjaya menjejakkan kaki ke universiti.Waktu itu juga kotak fikirannya mengimbau kembali memori silam yang tidak akan pernah dia lupakan ketika masih di tingkatan empat. Ketika itu,Sarah bersekolah di Sekolah Nenengah Kebangsaan Seri Intan,Kuala Lumpur.Dia merupakan salah seorang pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang ketika PMR yang lalu.Keluarganya terutama sekali ibu bapa Sarah sangat berbangga dengannya.Guru-gurunya juga menjangkakan yang dia akan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak.
Hari pertama Sarah sebagai seorang pelajar tingkatan 4 di sekolah yang sama.Pagi-pagi lagi ketika dia sudah sampai di sekolah,Sarah dikejutkan oleh satu suara yang amat dia kenali.
          “Sarah!!!”
Saat itu Sarah berpaling kearah suara tersebut.Gembira bukan kepalang.Rupa-rupanya itu suara Amira Sofea,sahabat baiknya sejak dibangku sekolah rendah lagi.Sarah sangat bersyukur kerana persahabatan mereka berkekalan sampai sekarang.
          “Oh Mira,aku ingatkan siapa tadi,”sahut Sarah.
          “Perghh,kawan baik sendiri sudah lupa,hendak merajuklah,”kata Amira.
          “Alah-alah sayang,merajuk ke?alah comelnya,hehehe,”ajuk Sarah.
          “Ishhh,tidak ada masa aku nak merajuk dengan kau.Jomlah masuk kelas,nanti lambat kena denda pula dengan Cikgu Ahmad yang garang macam singa tu,erghhh,takut aku,”kata Mira.
Ketika asyik berbual dengan Amira di dalam kelas,mereka didatangi oleh guru kelas mereka,Puan Amilia.Bersama dengan Puan Amilia juga ada seorang budak lelaki yang Sarah tidak kenal langsung.
          “Budak baru rasanya.”Sarah meneka.
          “Assalamualaikum pelajar.”Puan Amilia memberi salam.
          “Waalaikumussalam cikgu,”semua rakan menjawab salam yang diberi.
          “Hari ini saya hendak memperkenalkan seorang pelajar baru yang baru berpindah ke sekolah kita.Irfan,sila memperkenalkan diri kamu kepada rakan-rakan yang lain,”terang Cikgu Amilia.
          “Baik cikgu,”jawab Irfan.
          “Assalamualaikum semua,nama saya Muhd Irfan Haikal bin Zulkifli.Saya dari Kuala Lumpur.Saya berpindah ke sini kerana mengikuti bapa saya yang bertukar kerja.Diharap agar anda semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya,”terang Irfan panjang lebar.
Saat itu juga Sarah mula mengomel sendirian.
          “Handsome juga mamat ini,”bisik Sarah.
          “Ok semua,Irfan akan berada di dalam kelas ini,jadi sila layan dia dengan baik.Irfan awak boleh duduk di sebelah Shafiq,”terang Cikgu Amilia.
          “Terima kasih cikgu,”jawab Irfan.
          “Hah,duduk sebelah Shafiq!!Itu maknanya Irfan dudukdi  belakang aku.Hehehe,”bisik Sarah.
Hari-hari persekolahan berjalan seperti biasa.Saat itu juga Sarah semakin rapat dengan Irfan.Mana tidaknya,Cikgu Amilia sudah tugaskan Sarah sebagai seorang pengawas untuk membantu Irfan jika memerlukan pertolongan tentang sekolah barunya.
          “Cikgu ini,macam tahu-tahu saja,“bisik Sarah.
Muhd Irfan Haikal bin Zulkifli,namanya sangat indah seperti orangnya juga.Boleh dikatakan juga,sejak pertama kali Irfan menjejakkan kaki di sekolah ini,dia mula menjadi perhatian pelajar perempuan.Tidak kira menengah rendah mahupun menegah atas.Semuanya ingin mencuba nasib untuk menjadikan Irfan itu boyfriend lah,adik angkat lah,abang angkat lah.Tapi,memang tidak dinafikan,Irfan memang mempunyai seraut wajah yang sangat kacak.Kulitnya cerah,orangnya boleh tahan tinggi. Dia juga berasal daripada keluarga yang berada kerana ayahnya merupakan seorang jurutera yang berjaya dan sangat dikenali.Irfan pun memang seorang pelajar yang bijak.Semua guru berasa kagum dengan kebolehan yang dimiliki oleh Irfan.
Selepas hampir 2 bulan Irfan di sini.Sudah hampir sebulan juga Sarah berkawan rapat dengannya.Sarah juga seperti bermimpi kerana seingat dia,sejak dia bersekolah di sini,Sarah tidak pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki yang boleh dipanggil sebagai teman tapi mesra.Kawan biasa itu adalah tapi tidak serapat seperti mana hubungan dia dengan Irfan.Tidak dinafikan memang ada beberapa orang pelajar yang ingin menjadikan Sarah teman istimewa tapi entahkan kenapa semuanya Sarah tolak.Hendak kata dia sudah ada boyfriend,tidak mungkin.Mungkin hati tidak berkenan rasanya.
Ketika berada di dalam kelas,Irfan menegur Sarah.
          “Hai awak,”tegur Irfan.
          “Hai,ada apa?”Sarah menjawab.
          “Tidak boleh ke saya hendak berbual dengan buah hati sendiri?”Soal irfan.
Sarah tertawa mendengarnya,sesungguhnya dia dan Irfan telah menjadi sepasang kekasih sejak seminggu yang lalu.Rakan baiknya,Amira mengetahui hal itu.Dia tidak terkejut tetapi hanya menasihati Sarah.
          “sarah,aku tidak kisah kau bercouple dengan irfan tapi cuma satu hal sahaja yang ingin aku ingatkan,bercinta-cinta juga tapi pelajaran jangan kau abaikan,”nasihat amira.
          “Ya,ya,aku ingat,jangan risau ok,”jawab Sarah.
Hubungan Sarah dengan Irfan bertambah erat.Keluarganya tahu hubungan Sarah dengan Irfan.Tetapi ibunya sentiasa menegur Sarah dan menasihatinya supaya jangan abaikan pelajaran.
          “Sarah sudah ulangkaji ke belum?Lagi sebulan saja awak itu bakal menjawab exam akhir  tahun?Tidak takut menyesal ke nanti?”Soal ibu Sarah.
          “Ibu,jangan risaulah,Sarah kan dapat result baik dalam mid year exam,Sarah mesti dapat  keputusan cemerlanglah dalam exam kali ini,”kata Sarah.
          “Ishh,budak ini.Sarah,jangan pandai cakap saja,belajarnya mana sebab sejak kebelakangan ini,susah ibu hendak nampak Sarah pegang buku macam dulu.Yang ada dekat tangan itu cuma handphone saja!”Terang  ibu Sarah.
          “Ya,ya,Sarah belajar sekarang,”jawab Sarah.
Sejak kebelakangan ini,Sarah tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran.Yang dia tahu hanya Irfan Haikal.Sejak Sarah bercouple dengan Irfan,hidupnya seperti tidak lengkap tanpa Irfan.Bangun tidur,Irfan,hendak tidur juga,hanya Irfan yang dimimpikan.Bak kata orang zaman dulu kala,mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena,entah apa lagi pun Sarah tidak tahu.sampai hendak exam pun,Sarah tetap memikirkan Irfan bukannya hendak menghafal formula kimia yang belum tentu senang.Sahabat baiknya,Amira,risau dengan perubahan mendadak yang berlaku kepada Aarah.
Pada suatu hari,Amira menegur Sarah.
          “Sarah,kau ini kenapa?”Soal Amira.
          “Kenapa dengan aku?”Jawab Sarah.
          “Aku nampak kau dah berubahlah sejak bercouple dengan Irfan.Risau aku dibuatnya,”kata Amira.
          “Aku berubah ke kau yang cemburu lihat aku dengan Irfan?”Sarah menyoal Amira kembali.
          “Ishh,ke situ pula kau.Tiada sebab aku hendak cemburu dengan kau Sarah.Aku cuma risaukan kau saja.Kita kan cuma tinggal lagi 2 minggu saja hendak hadapi exam akhir tahun,”jawab Amira.
          “So,apa kena mengena dengan aku?”Soal Sarah.
          “Tapi aku tengok kau macam ambil mudah saja dengan exam ini.Aku tidak mahu kau menyesal di kemudian hari nanti,”jawab Amira.
          “Mira,itu hal aku,yang kau nak busybody kenapa?Ada kena mengena dengan kau ke?Suka hati akulah hendak couple ke? Hendak belajar ke tidak?Itu semua masalah aku,yang kau kisah sangat kenapa?Buat sajalah hal kau,aku kalau tidak belajar pun tidak mengapalah kerana aku kan pelajar cemerlang,mesti ok lah,aku buat hal aku,kau buat hal kau ok!”Bentak Sarah.
Runtun jiwa Amira saat mendengar sahabat baiknya sendiri menenkingnya sebegitu. Menitis air mata Amira ketika itu juga.Dia sungguh tidak sangka yang Sarah sanggup berubah sampai macam itu hanya kerana cinta.
          “Aku mesti beritahu pada Cikgu Amy,dia kan kaunselor pelajar.Dia mesti tahu jalan penyelesaiannya,”kata Amira.
          “Assalamualaikum cikgu.”Amira memberi salam.
          “Waalaikumussalam,”jawab Cikgu Amy.
         “Boleh saya masuk cikgu?”Tanya Amira.
          “Silakan.”Cikgu Amy menjawab.
Amira duduk di kerusi yang berhadapan dengan Cikgu Amy.
          “Ya amira,ada apa awak berjumpa dengan saya?”Soal Cikgu Amy.
          “Tujuan saya datang ke sini adalah untuk memberitahu cikgu tentang masalah Sarah,”jawab Amira dengan tenang.
          “Apa masalah Sarah?” Cikgu Amy bertanya.
Ketika  berada di dalam bilik kaunseling itu Amira menceritakan segala perubahan yang berlaku kepada Sarah.Cikgu Amy mendengar dengan setia.
          “Cikgu,saya tidak tahu hendak cakap macam mana.Risau saya dibuatnya,”kata Amira.
          “Cuba cerita dengan cikgu sedikit demi sedikit,saya akan setia mendengarnya.InsyaAllah saya akan cuba membantu,”kata Cikgu Amy.
          “Begini cikgu,sejak Sarah bercouple dengan Irfan,dia sudah mula alpa dan tidak pernah ambil kisah tentang pelajarannya lagi-lagi hampir  2 minggu sahaja lagi exam akhir tahun bakal menjelma.Saya risau Sarah akan menyesal di kemudian hari nanti,”terang Amira.
          “Kenapa awak cakap seperti itu.Bukankah Sarah dan Irfan itu pelajar top 3 masa mid year exam tempoh lalu?”Cikgu Amy menyoal kembali.
          “Itu memang betul cikgu tapi itu dulu,masa itu Sarah selalu mengulangkaji dengan saya ataupun dengan rakan yang lain tapi sekarang Sarah sudah berubah cikgu,dia tidak pernah kisah samada dia dah study ke belum.Saya lihat sejak kebelakangan ini,dia cuma fikir pasal Irfan sahaja.Sampai sahaja di sekolah Irfan,dalam kelas Irfan,rehat Irfan,boleh dikatakan dalam otak Sarah itu cuma ada Irfan cikgu.Saya tidak tahu hendak buat apa lagi.”Amira berkata lagi.
          “Awak tidak cuba menasihatinya?”Tanya Cikgu Amy.
          “Sudah berbuih mulut saya cikgu.Saya harap cikgu dapatlah bagi sedikit nasihat kepada Sarah.Sebagai kawan baik dia dari sekolah rendah lagi tidak mungkin saya hendak lihat Sarah gagal dalam hidupnya.”Terang Amira.
          “Awak tidak takut sekiranya Aarah marah awak,tengking awak?”Tanya Cikgu Amy.
          “Saya tidak kisah cikgu,saya cuma hendak lihat dia berubah sahaja cikgu.Tidak kisahlah Sarah hendak marah saya ke,tengking saya ke,musuh dengan saya ke.Itu terpulang pada Sarah.”Terang Amira dengan tenang.
Terpegun Cikgu Amy mendengar segala cerita dan sifat ambil berat Amira.
          “Erm,saya akan berbincang dengan Cikgu Andrew dan Cikgu Saiful.InsyaAllah saya akan cuba membantu apa yang patut.Tapi,saya bangga dengan kamu Amira.Kamu tidak mementingkan diri dan fikir tentang kebaikan Sarah.Cikgu kagum dengan kamu.”Kata Cikgu Amy.
          “Terima kasih cikgu,kalau begitu,saya keluar dulu cikgu.”Kata Amira.
          “Baiklah.”Jawab Cikgu Amy.
          “Assalamualaikum cikgu.”Amira memberi salam.
         “Waalaikumussalam.”
Pada keesokannya,Sarah dan Irfan dipanggil ke bilik kaunseling.Sarah begitu terkejut saat namanya dipanggil.dia tertanya-tanya siapakah yang melaporkan kepada cikgu.Dia tidak sangka akhirnya dia masuk juga kedalam bilik yang diklasifikasikan sebagai bilik untuk pelajar yang bemasalah sahaja.
         “Ishh,kenapalah aku perlu masuk ke dalam bilik ini,siapalah yang laporkan pada cikgu ini!”Bisik Sarah.
Ketika Irfan dan Sarah sampai di bilik kaunseling,tiga orang kaunselor pelajar sudah terpacak di hadapan pintu.
          “Alahai,aku ini artis ke sampai hendak tunggu di depan pintu.”Sarah bermonolog sendirian.
          “Silakan masuk.”Kata Cikgu Andrew,salaH seorang kaunselor pelajar.
Sarah dan Irfan terus masuk ke dalam bilik kaunseling lalu duduk di kerusi tanpa dijemput oleh sesiapa.Kemudian,Cikgu Saiful memulakan bicaranya.
         “Awak berdua tahu kenapa kalian dipanggil ke sini?”Tanya Cikgu Saiful.
Sarah dan Irfan saling berpandangan dan terus mendiamkan diri.Tiba-tiba Sarah menjawab.
          “Saya tahu cikgu.Ini mesti tentang saya bercinta dengan Irfan kan?”Jawab Sarah.
          “Hah,tahu pun awak.”Jawab Cikgu Saiful.
Sarah mengomel sendirian.Dia pasti ini mesti kerjaA mira sebab hanya Amira sahaja yang tahu dengan lebih detail tentang hubungan dia dengan Irfan.
          “Kau memang tidak guna Mira.”Bisik Sarah sambil menahan kemarahannya.
Hampir satu jam juga Sarah dan Irfan membatukan diri kerana malas nak mendengar bebelan cikgu-cikgu kaunseling.
          “Ishh,bilalah hendak keluar ini,bosannya duduk dalam bilik ini.Suka hati akulah hendak couple ke,hendak belajar ke,itu semua hal aku,”ngomel Sarah dalam hati.
Semua kaunselor bersilih ganti memberikan nasihat kepada Sarah dan Irfan.Semua nasihat yang diberikan,Sarah tidak pernah ambil kisah langsung.Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Sarah tetap dengan pendirian dia.Dia malas hendak ambil pusing dengan semua yang ada di sekelilingnya.
          “Erm,rasanya sudah cukup kami bertiga bagi nasihat kepada awak berdua.Harap kamu berdua muhasabah diri dengan apa yang kami nasihat sebentar tadi.Semoga ada perubahan dalam diri kamu berdua.”Kata Cikgu Andrew.
          “Ingat,pelajaran diutamakan.Jangan hendak sibuk bercinta pelajaran ditinggalkan.”Kata Cikgu Saiful.
          “Baiklah cikgu,kami faham.”
          “Kalau begitu,kalian berdua boleh pulang ke kelas sekarang.”Kata Cikgu Amy.
          “Terima kasih cikgu,assalamualaikum cikgu.”
          “Waalaikumussalam,”jawab Cikgu Amy dan Cikgu Saiful.
Ketika Sarah dan Irfan berjalan beriringan untuk ke kelas.Mereka berdua berbual tentang masalah mereka.
          “Irfan,apa awak rasa tentang hal tadi?”Soal Sarah.
          “Saya pun tidak tahu hendak cakap apa Sarah.Rasanya hubungan kita tidak menjejaskan apa-apa kan?”Soal Irfan pula.
Sarah mendiamkan diri.Dia tahu Irfan masih orang yang sama ketika dia baru masuk ke sekolah ini.Irfan masih seorang pelajar yang rajin dan selalu study.Sarah pula berbeza.Sejak dia bercinta dengan Irfan,semua perkara dia sudah lupakan.Sarah hanya tahu satu perkara iaitu dia sudah tangkap cintan dengan Irfan.Semasa mereka berdua sampai ke kelas,semua classmates mereka seperti reporter yang tidak bertauliah.Bertanya itu ini.Sarah dan Irfan hanya mendiamkan diri dan terus menuju ke tempat duduk mereka.
          “Ishh,geramnya aku.Siap kau mira,”bisik Sarah.
Ketika waktu pulang,Sarah menahan Amira dan ingin membincangkan sesuatu.Amira tahu apa yang ingin dibincangkan oleh Sarah dan sudah bersiap sedia.Amira memulakan bicara.
         “Ada apa yang kau hendak bincangkan dengan aku,Sarah?”Tanya Amira.
          “Hai,buat tidak tahu pula.Mira,kau yang laporkan pada Cikgu Amy pasal aku dengan Irfan kan?”Marah Sarah.
          “Kalau betul pun,itu semua untuk kebaikan kau juga Sarah.Aku tidak mahu lihat kau terlalu asyik dengan cinta yang tidak pasti kesudahannya apa.”Jawab Amira.
          “Itu hal aku,aku hendak gagal ke,terlingkup ke yang kau kisah sangat kenapa?Kalau aku gagal sekalipun,kau tidak terlibat langsung lah.Jangan hendak memandai  sahaja.Cermin dulu diri kau sebelum bagi nasihat pada aku.Faham!!”Sarah menengking Amira.
Sarah terus berlalu tanpa memandang Amira yang sudah berlinangan air mata.Amira terkejut dan tidak percaya dengan tindakan Sarah yang sungguh keterlaluan.Dia tidak sangka kawan yang selalu ada ketika susah dan senang akhirnya menjadi seorang kawan yang pentingkan diri sendiri dan tidak kisah tentang masa depannya hanya kerana cinta ketika di bangku sekolah.Amira sedih.
Akhirnya ,exam akhir tahun menjelma.Semua pelajar sudah bersedia dengan pen dan alat tulis yang lain.Ada yang tenang.Ada juga yang seperti ayam berak kapur kerana buat persediaan di saat-saat terakhir.Yang lebih teruk,ada juga pelajar yang tidak buat apa-apa persediaan langsung.Golongan pelajar itu termasuklah Sarah sendiri.Dia terkial-kial membaca formola Kimia dan Matematik Tambahan yang dulunya merupakan subjek yang mudah bagi Sarah tapi kini bukan lagi.Ketika kertas peperiksaan sudah berada ditangan,peluh Sarah sudah mula berjuraian.Dia tidak tahu hendak menulis apa kerana tidak faham langsung apa yang tertulis di atas kertas peperiksaan itu.
          “Apa benda ini?Satu apa aku tidak faham.Formula sodium hidroksida?Kenapalah keluarkan soalan yang susah sangat ini?”Sarah bermonolog sendirian.
Sebenarnya semua soalan itu mudah dijawab jika selalu buat latihan dan mengulangkaji tapi Sarah tidak pernah.Boleh dikatakan Sarah hanya menulis apa yang dia tahu.Pada keesokannya pula,ada beberapa subjek yang Sarah anggap mudah kerana dia selalu mendapat result yang bagus dalam beberapa subjek tersebut.Tetapi,dia tidak sangka yang dia tidak boleh jawab soalan yang ada saat dia membuka kertas soalan Biologi.
          “Apa ini,miosis?Mitosis?Aduh,peningnya kepala.Macam hendak kena migrain pun ada.Ah,lantaklah jawab sahaja apa yang aku tahu,mana tahu cikgu bagi markah free ke.”Bisik Sarah.
Saat itu,Amira yang berada di belakang Aarah melihat Aarah dengan penuh kerisauan.Dia risau jika Sarah tidak dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan.Dia juga takut jika Sarah gagal dalam peperiksaannya.
          “Sarah,mudah-mudahan kau dapat jawab semua soalan.Aku sentiasa mendoakan kejayaan kau selalu.Kau sentiasa menjadi sahabat aku walaupun kau tidak lagi mengendahkan aku selepas kejadian tempoh hari.”Bisik Amira.
Lama-kelamaan Aarah sudah malas hendak fikir tentang peperiksaan kerana dia tidak tahu mahu jawab apa.Ini semua kerana Sarah tidak pernah mengulangkajii pelajaran untuk exam akhir tahun ini.Dia juga sudah tidak sabar-sabar untuk tunggu sehingga hari terakhir peperiksaan kerana dia sudah tidak kisah tentang peperiksaan.Dia yakin yang dia akan lulus walaupun tidak mengulangkaji.
          “Allah kan ada,Dia mesti tolong aku.Aku kan tidak pernah tinggal segala suruhan-Nya.”Sarah bermonolog sendirian sambil tersenyum.
Akhirnya,hari terakhir peperiksaan sudah menjelma.Sarah gembira dia akan bebas daripada exam akhir tahun ini selepas beberapa jam lagi.Sarah juga sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Irfan kerana sudah hampir 3 minggu dia tidak berjumpa dengan buah hatinya,Irfan.Ini kerana mereka sudah berjanji tidak akan berjumpa sehingga tamat exam akhir tahun.Irfan kata dia hendak tumpukan pada exam.Sarah hanya mengangguk tanpa membantah walau satu perkataan pun.
          “Hai,Irfan.”Sapa Sarah.
          “Sarah,macam mana dengan exam tadi,ok?”Soal Irfan.
Sarah terkedu seketika.Dia tidak tahu hendak jawab apa.Akhirnya dia berbohong kerana sememangnya dia tidak dapat menjawab exam dengan mudah.
          “Exam?Ok semua,awak jangan risau.Awak pula?”Sarah bertanya.
          “Alhamdulilah,semuanya ok,nasib baik saya study kalau tidak memang tidak dapat jawablah nampaknya.Saya yakin awak akan dapat result yang baik.”Kata Irfan sambil tersenyum menunjukkan lesung pipitnya yang memang membuatkan Sarah jatuh hati.
Kata-kata Irfan sebentar tadi membuatkan hati Sarah seperti dihiris dengan pisau yang amat tajam.Sarah terasa tetapi dia hanya tersenyum kelat sahaja.
Selepas beberapa minggu,result exam keluar.Saat itu juga hati Sarah berdebar-debar untuk melihat result peperiksaannya.Ketika namanya dipanggil,Sarah sangat takut untuk berhadapan dengan guru kelasnya,Cikgu Amilia.Wajah Cikgu Amilia begitu menggerunkan Sarah.Dia tahu mesti ada sesuatu yang tidak kena.Ternyata tekaan Sarah betul,Cikgu Amilia memarahinya kerana result Sarah sangat teruk.Sarah pun tidak dapat berkata apa-apa kerana begitu terkejut dengan  resultnya yang baru diterimanya.Sarah telah gagal dalam 5 subjek.Markah untuk subjek yang lain juga tidak seberapa.
          “Sarah,awak ini kenapa?Macam mana boleh tidak lulus dalam 5 subjek.Setahu saya,awak ini pelajar cemerlang dalam PMR.Kenapa boleh berubah sampai macam ini?Saya kecewa sangat dengan awak.”Terang cikgu amilia.
          “Saya minta maaf cikgu.”sarah berkata.
          “Kalau awak hendak minta maaf sekalipun sudah tidak ada gunanya.Nasi sudah jadi bubur Sarah.”Cikgu Amilia menjawab.
Ketika itu,Sarah seperti hendak terjun dari bangunan tetapi dia masih ada fikiran yang waras.Hatinya sangat kecewa dengan result exam akhir tahunnya.Dia sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat orang disekelilingnya.Amira pula begitu terkejut ketika mendengar keputusan peperiksaan Sarah.Amira tahu Aarah mesti kecewa saat itu.Ketika waktu rehat,Sarah berjumpa dengan Amira.
          “Mira,maafkan aku.Aku tahu aku bersalah sebab marahkan kau dan tidak endahkan kau tempoh hari.”Sarah berkata memulakan bicara.
          “Sarah,aku sudah maafkan kau.Aku sudah lupakan juga segala apa yang kau sudah buat pada aku selama ini.Kita kan kawan baik.Aku tetap sayang kau sampai bila-bila.”Jawab Amira.
          “Terima kasih Mira tapi aku menyesal sangat sebab tidak mendengar nasihat yang kau bagi pada aku.Aku tidak tahu hendak cakap macam mana dengan ibu bapaku.Aku takut sangat.”Kata Sarah.
          “Sarah,yang sudah lepas biarkan ia lepas.Aku gembira kerana kau sudah sedar dengan kesalahan kau.Tidak mengapa kalau kau gagal sekarang,masih tidak terlewat untuk kau berubah.SPM kan tahun hadapan?So berubah dari sekarang ok?”Amira berkata sambil menenangkan Aarah.
          “Ok,aku janji aku akan berubah.Mira,nanti kau temankan aku jumpa cikgu kaunseling boleh?Aku hendak minta maaf dengan merekalah.”Sarah menjawab.
          “Ok,tidak ada masalah.”Balas Amira.
Ketika di rumah,teruk Sarah dimarahi oleh keluarganya tetapi ibu bapanya memberikan peluang kedua untuk Sarah berubah.Saat itu juga Sarah bertekad yang dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM.Sarah juga sudah memutuskan hubungan cintanya dengan Irfan.Ternyata Irfan memang terkejut dengan keputusan peperiksaan aku dan menerima dengan hati yang terbuka ketika aku meminta perpisahan.Irfan tahu Sarah berubah saat mereka bercinta.Sarah hilang fokus dengan pelajarannya.Akhirnya Sarah dan Irfan hanya bersahabat tanpa melibatkan sebarang perasaan cinta.Irfan juga sudah berpindah ke sekolah yang lain kerana bapanya berpindah lagi.Keluarga Sarah dan para guru bangga dan gembira dengan perubahan Sarah..
Pada hari keputusan SPM diumumkan.Hati Sarah berdebar-debar kerana result SPM merupakan penentu masa depannya.Ketika itu,pengetua sekolah memanggil Sarah ke atas pentas.Sarah takut tetapi cuba memberanikan diri.Semua guru tersenyum ke arah Sarah.Sarah hairan.
          “Sarah,tahniah kerana awak memperolehi 10 A+ dalam SPM.Cikgu bangga dengan kamu.”Ucap pengetua sambil tersenyum.
Sarah terkejut dan tidak tahu mahu cakap apa lagi.Saat itu juga Sarah menangis kerana gembira.Tidak sia-sia segala perubahan yang dilakukannya.Sahabat baik Sarah,Amira juga memperolehi keputusan yang cemerlang.Keluarga Sarah tenyata sangat gembira dengan keputusannya terutama ibu bapa Sarah.Abang kesayangan Sarah pula hanya tersenyum bangga dan tidak sudah-sudah meyakat dirinya.
Ternyata keputusan Sarah untuk memutuskan hubungannya dengan Irfan merupakan keputusan yang bijak.Dia gembira kerana semua orang yang ada disekelilingnya menyedarkan Sarah dengan cepat.Dia tersenyum sendirian.Tiba-tiba lamunannya ketika itu terhenti saat mendengar satu suara yang begitu dikenali.
          “Sarah,maafkan abang.Tadi ada traffic jam lah.”Jawab abang Sarah.
          “ Erm.”Kata sarah.
          “Aku kembali ke alam realiti.Rupa-rupanya belum masanya lagi untuk aku bercinta.Zaman persekolahan bukan untuk bercinta tetapi untuk belajar sehingga mencapai kejayaan dalam peperiksaan.Aku juga ada terdengar bahawa irfan juga berjaya dan sudah melanjutkan pelajaran ke luar negara.Tahniah Irfan.”Bisik Sarah dengan hati yang gembira.
          “Sarah,kenapa mengelamun.Tidak mahu pulang ke?”Soal abang Sarah.
          “Bukan mengelamun,merajuk dengan abanglah,kenapa lambat?Penat Sarah tunggu.”
          “Maafkan abang ya.”
          “Ok,Sarah maafkan.Jomlah balik.Sarah laparlah.”
          “Alahai,kesian adik abang ini,ok jom balik.”
 Sarah gembira kerana dia telah berjaya menjejakkan kaki ke universiti.Persahabatannya dengan Amira juga masih bekekalan.Amira juga berada di universitI yang sama dengannya.Sarah menganggap kisah dia dengan Irfan hanya cinta monyet yang tidak ada jaminan di masa depan.Sekarang ini,Sarah begitu bahagia dengan kehidupannya di universiti.
          “ Terima kasih Allah,syukur alhamdulilah,”bisik Sarah sambil tersenyum.


p/s:lepas baca bg komen ok.(komen2 drpd anda sume amat sy hargai,thanks) ^_^



1 comment:

  1. .kenyang aku baca cerpen ko ni...n mesti penggemar novel cinta ni...hehe...best2..

    ReplyDelete